Solek سوليق Tengkolok

Tengkolok boleh dibuat dalam pelbagai jenis bentuk dengan jenis dan corak kain yang berlainan mengikut taraf sosial pemakainya.[4] Nama am bagi bentuk tengkolok yang berlainan itu ialah "solek". Setiap solek tengkolok yang berlainan ini turut diberikan nama khas, misalnya: tengkolok yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dalam majlis istiadat pertabalan sejak negara zaman kemerdekaan, dikenali sebagai "Solek Dendam Tak Sudah".

Setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor memakai "Solek Balung Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.